Latar Belakang Sekolah

Friday, August 29, 2008
SEKOLAH KEBANGSAAN SHAH ALAM





Latar Belakang Sekolah :




2.1.
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Shah Alam.

2.2. Kod Sekolah : BBB 8315

2.3. Gred Sekolah : A

2.4. Alamat : Jalan Dawai 16/2, Seksyen 16, Shah Alam, 40200, Shah Alam Selangor.

2.5. No. Telefon Sekolah : 03-55191161

2.6. No. Fax Sekolah : 03-55182468
2.7. Jenis : Sekolah Kebangsaan.
2.8. Lokasi : Sekolah Kebangsaan Shah Alam terletak di pinggir Bandar Shah Alam, iaitu di kawasan perindusterian (kilang) yang bersempadan dengan Kampung Padang Jawa Klang.

2.9. Bendera Sekolah :




2.9.1. Bendera sekolah berukuran 171cm lebar dan 82cm panjang. Di sebelah kanan bendera dilukis lencana sekolah. Bendera sekolah ini mengandungi dua warna iaitu warna biru dan kuning. Warna biru melambangkan keharmonian di antara guru-guru dan murid-murid. Warna kuning pula melambangkan kesetian kepada raja dan Negara.


2.10. Gambar Bangunan Utama :


2.11. Sejarah Sekolah.

2.11.1. Sekolah Rendah Kebangsaan Shah Alam telah didirikan di atas sebidang tanah di dalam kawasan perindustrian Seksyen 16, Shah Alam lebih 34 tahun yang silam. Ia mula digunakan pada 3.1.1974. Pada masa tersebut kawasan Shah Alam atau lebih terkenal sebagai ‘ Batu Tiga ’, belum mempunyai sekolah. Jadi sesuai dengan bangunannya yang ulang lagi strategik itu, maka ia diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Shah Alam iaitu sempena nama ‘Shah Alam ’ ibu negeri Selangor Darul Ehsan sekarang. Pada mulanya bangunan sekolah ini hanya mengandungi 18 buah bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan dan sebuah kantin.

2.11.2. Pada 31.1.1974, bilangan muridnya cuma 194 orang, tetapi mengikut arus perkembangan penduduknya yang sentiasa bertambah, murid-muridnya pun semakin ramai sehingga lebih dari 700 orang pada tahun 1977. Bangunan tambahan terpaksa dibina pada tahun 1979. Ia mempunyai 8 buah bilik darjah yang dapat menampung pertambahan murid pada tahun berikutnya.

2.11.3. Secara ringkasnya, menjelang Tahun 1995 bilangan murid sekolah mula berkurangan disebabkan berlaku perpindahan penduduk ke Seksyen 20 Shah Alam.

2.11.4. Guru Besar sekolah ini saling bertukar ganti tetapi usaha gigih untuk membina insan yang mulia tetap terus diusahakan oleh guru-guru sekolah ini.

2.11.5. Sekolah ini merupakan sekolah rendah pertama yang didirikan di kawasan Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor Darul Ehsan.



2.12. Visi : Sekolah Kebangsaan Shah Alam Cemerlang Menjelang 2012.


2.13. Misi :

2.13.1. Untuk merealisasikan Visi, kami warga Sekolah Kebangsaan Shah Alam akan memastikan Misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

2.13.2. Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan

2.13.3. Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif

2.13.4. Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui program bina insan yang efisyen dan efektif.


2.14. : Cogan Kata Sekolah : “Belajar Terus Belajar”

2.14.1. Cogan kata ini member semangat kepada murid-murid supaya terus belajar dan berusaha untuk mencapai cita-cita dan untuk pengetahuan diri sesuai dengan hadis Rasululllah yang bermaksud “ tuntutlah ilmu walaupun sampai ke China”
SKSA
Comment on This Entry